fbpx

Rombakan Kabinet: Saya sedang fikirkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang memikirkan tentang rombakan Kabinet.

Anwar memaklumkan perkara itu kepada pemberita yang bertanyakan perkara itu pada program Malaysia ICT Summit 2023 di ibu negara petang ini.

“Saya sedang fikirkan (rombakan Kabinet),” katanya ringkas.

Beliau kemudian berjalan meninggalkan program tersebut yang berakhir pada pukul 6.15 petang.

Terdahulu, Anwar merasmikan Malaysia ICT Summit 2023 dan mengadakan lawatan pameran teknologi komunikasi maklumat (ICT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI