fbpx

P. Pinang tiada permintaan khusus untuk Bajet 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (dua dari kiri) dan Kay Chai (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat GlobalFoundries Malaysia di Bayan Baru, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang permintaan khusus untuk dikemukakan kepada Kerajaan Pusat menjelang Bajet 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober kelak.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang mengharapkan semua senarai projek untuk negeri ini di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dapat dilaksanakan dalam Bajet 2024.

“Di dalam RMK12, semua projek sudah disenaraikan (untuk Pulau Pinang), kita berharap semua projek tersebut boleh dilaksanakan.

“Kita tidak ada permintaan atau keperluan khusus,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian pejabat The GlobalFoundries Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mendapat kelulusan 75 projek baharu di bawah RMK12 membabitkan peruntukan berjumlah RM54.14 juta.

Kelulusan 75 projek ini adalah sebahagian daripada 126 projek yang dimohon oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga RMK-12 sebelum ini.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga menyediakan skim dalam jumlah dana yang besar dan mencukupi kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI