fbpx

Tanah runtuh, laluan Sumpitan ke Lenggong ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan dari Sumpitan ke Lenggong yang dipenuhi dengan tanah runtuh dari tebing bukit pada pukul 11.30 pagi hari ini. - Foto Media Sosial

LARUT – Laluan A021 iaitu Jalan Sumpitan-Lenggong kini ditutup hingga 3 Oktober depan ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, hujan sepanjang hari telah menyebabkan tebing bukit sebelah kiri menghala ke Lenggong, Gerik runtuh sehingga menghalang laluan jalan.

“Kejadian itu berlaku di Kilometer (KM) 32.8 Jalan Sumpitan, Selama ke Lenggong pada pukul 11.30 pagi ini.

“Hasil pemantauan anggota polis mendapati struktur tanah di kiri bukit runtuh menutupi permukaan jalan raya hingga kenderaan tidak boleh melaluinya dari kedua -dua arah,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, selain kejadian tanah runtuh di KM30 itu, terdapat beberapa lokasi lagi dikesan akan berlakunya runtuhan tanah di sepanjang laluan ke arah Lenggong hingga KM33. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI