fbpx

Bergaduh gara-gara mahu beli iPhone 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kekecohan turut tercetus di sebuah pusat beli-belah di Dubai. - X

NEW DELHI – Kekecohan tercetus di sebuah kedai peranti Apple di New Delhi, India selepas orang ramai menyerbu premis tersebut bagi mendapatkan model baharu iPhone 15, kelmarin.

Laman berita Mint melaporkan, pergaduhan tercetus di kedai Apple di Kamla Nagar selepas pelanggan tidak berpuas hati kerana berlakunya kelewatan dalam pembekalan peranti tersebut.

Video tular di media sosial menunjukkan pergaduhan berlaku antara pelanggan dan pekerja premis berkenaan sehingga memaksa polis masuk campur dan menahan individu yang terlibat mencetuskan kekecohan.

Selain cawangan di New Delhi, beberapa kejadian serupa turut dilaporkan berlaku di kedai Apple di Mumbai serta di sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dengan orang ramai berebut-rebut untuk menjadi yang terawal membeli iPhone 15.

Menurut beberapa laporan, ada antara pelanggan yang cedera parah akibat terjatuh dalam kekecohan itu.

Siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September lalu dan tempahan awal mula dibuka kelmarin untuk pasaran Malaysia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI