fbpx

Penjaja jalanan ludah dalam bahan masakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaja itu dilihat meludah ke dalam bahan masakan di tepi jalan. - X

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penjual jalanan meludah ke dalam bahan masakan di tepi jalan.

Laman berita Suara.com melaporkan, video kejadian itu dimuat naik dalam akaun X, @Heraloebss.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, seorang penjual siomay (ladu ikan) dilihat berhenti di tepi jalan.

Dia kemudian meludah k dalam bekas tomato dan kuali sambil memerhatikan keadaan sekeliling supaya tidak diketahui orang ramai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Zaman sekarang masih ada orang seperti ini,” komen seorang netizen.

“Mulai sekarang jangan beli makanan dari penjaja jalanan walaupun lapar,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI