fbpx

Sembilan projek ‘sakit’ PR1MA telah siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROJEK Residensi Melaka Tengah 2 di Pokok Mangga, Melaka dijangka siap suku pertama tahun depan. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Sebanyak sembilan daripada 22 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara sebelum ini telah berjaya diselesaikan setakat 31 Julai lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sembilan projek tersebut melibatkan 6,406 unit kediaman yang telah siap.

Kata beliau, baki projek PR1MA berstatus sakit atau 9,528 unit kediaman dijangka disiapkan sebelum hujung tahun depan.

“Daripada 22 projek sakit yang diwarisi, sebanyak sembilan projek telah diselesaikan. Maka selebihnya kita perlu selesaikan sebelum penghujung 2024.

“Tetapi seperti mana yang saya ingatkan kepada pihak Perbadanan PR1MA Malaysia, semakin lama kita hold (tangguh) projek semakin bertambah beban kewangan dalam soal ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD).

“Sebab itu penting di peringkat ini kita mahu projek-projek sakit disiapkan secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagus,” katanya pada sidang akhbar lawatan kerja ke projek PR1MA berstatus sakit di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengenai kemajuan projek di Melaka, Akmal Nasrullah berkata, Residensi Melaka Tengah 2 dan Residensi Klebang 2 dijangka siap pada suku pertama 2024.

Menurutnya, kedua-kedua projek berkenaan telah mencapai kemajuan lebih daripada 90 peratus dan kerja-kerja di tapak pembinaan kini tertumpu kepada seni bina, infrastruktur, mekanikal serta elektrik.

“Kontraktor projek Residensi Melaka Tengah 2 dalam proses untuk mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

“Bagaimanapun, Residensi Bukit Katil dijangka siap hujung tahun depan susulan terdapat perubahan pada aspek kebenaran merancang,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI