fbpx

Mohd. Puad puji kualiti jawapan Perdana Menteri di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika di New York, Amerika Syarikat.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi memuji kualiti jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di New York, Amerika Syarikat.

Menurutnya, beliau menghadiri dua majlis dialog melibatkan Perdana Menteri masing-masing pada dialog Invest Malaysia dan kedua dialog bersama “Council on Foreign Relation”.

“Berdasarkan dialog tersebut saya memuji kualiti jawapan PMX (Anwar). Saya yakin PMX mampu memenuhi impian “Regaining Malaysia’s Lead in Asia” (Malaysia kembali sebagai peneraju di Asia)

“Anwar sebut kelebihan kerajaan hari ini ialah ia didokong oleh “strong coalition government with strong majority” (kerajaan dengan gabungan dan majoriti yang kuat),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Puad berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mesti diperkukuhkan, bukan dipecahkan.

“Beri masa kepada Anwar untuk mentadbir dan mengurus negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI