fbpx

The Reds pertaruhkan skuad terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mengingatkan anak-anak buahnya agar perlu menghormati kejohanan dan pasukan lawan menjelang saingan Liga Europa menentang LASK Linz di Raiffeisen Arena awal pagi esok.

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak akan menghantar ‘skuad kedua’, sebaliknya sedia menurunkan barisan terkuat menghadapi saingan Liga Europa dengan sasaran melangkah ke pentas final musim ini.

The Reds terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara dan terpaksa akur beraksi di Liga Europa yang merupakan kejohanan peringkat kedua Eropah gara-gara menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelima musim lalu.

Ia sekali gus menyaksikan Li­verpool turun sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan berkenaan berdasarkan kejayaan mereka menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019.

“Saya mahu mengingatkan semua bahawa kami menghormati kejohanan dan pasukan lawan dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, saya akan turunkan pasukan terkuat dalam setiap perlawanan.

“Sudah tentu saya mahu ke final tetapi saya tidak tahu cara untuk melakukannya kerana kami akan berdepan banyak ­pasukan yang hebat. Untuk merealisasikannya, kami perlu beraksi dengan bagus.

“Jika kami tidak dilanda masalah kecederaan, saya boleh turunkan pasukan terbaik pada setiap hari Khamis (awal pagi Jumaat) dan Ahad untuk aksi EPL,” kata Klopp.

Atas kertas, Liverpool dijangka tiada masalah membawa pulang tiga mata apabila turun menentang wakil Austria LASK Linz di Raiffeisen Arena awal pagi esok.

Malah, The Reds juga diramal mampu mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan E Liga Europa yang turut dihuni pasukan dari Perancis, Toulouse dan jaguh Belgium, Union Saint-Gilloise. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI