fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: Baki dua individu tidak beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Terdapat dua lagi individu yang didapati tidak memberikan kerjasama berhubung siasatan Himpunan Selamatkan Malaysia, selepas gagal menghadirkan diri untuk dirakamkan percakapan, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, secara keseluruhan, pihaknya telah merakam keterangan 29 individu berhubung himpunan itu.

Bagaimanapun, menurut beliau masih terdapat dua individu lagi yang belum dirakam keterangan ekoran tidak hadir seperti yang ditetapkan semalam.

“Setakat ini 29 orang telah dikenal pasti dan dirakam keterangan, namun dua individu masih belum tampil memberikan kerjasama membantu siasatan.

“Kita akan keluarkan Notis 111 di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan ini pilihan terakhir kita, saya minta semua yang terlibat untuk tampil bagi selesaikan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk mendapatkan keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Jelas beliau, dua individu berkenaan tidak menghadirkan diri mengikut tarikh yang disediakan.

“Kita sudah beri tarikh untuk hadir kepada dua individu berkenaan untuk tampil (semalam). Jadi, hari ini sudah tiada tarikh ditetapkan dan kita akan keluarkan notis tersebut dan ambil tindakan,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis sedang mengesan tiga individu lagi bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara, Sabtu lalu.

Allaudeen memaklumkan, pihaknya akan mendedahkan nama kesemua individu itu jika mereka tidak tampil untuk dirakam keterangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI