fbpx

Asteroid menyamai letupan 22 bom atom diramal terhempas ke Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid Bennu diramal terhempas ke Bumi pada 24 September 2182. – Getty Images

WASHINGTON – Saintis-saintis mendedahkan tarikh tepat sebuah asteroid yang diramalkan  terhempas ke Bumi dan  mempunyai kekuatan menyamai letupan  22 bom atom, lapor akhbar Daily Star semalam.

Batu angkasa dinamakan Bennu itu  melintasi Bumi  setiap enam tahun, namun saintis-saintis meramalkan Bumi berada di garisan selari untuk berlanggar dengan asteroid itu pada 24 September 2182.

Walaupun tarikh tersebut masih jauh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sudah bekerja keras untuk mengalihkan Bennu daripada  laluannya dan ia kini berada di peringkat akhir misi tersebut.

Sampel dari Bennu dijangka tiba di  Bumi minggu ini, dan mendarat di kawasan gurun di Utah pada 24 September ini.

Ia dilancarkan ke arah Bumi daripada  kapal angkasa OSIRIS-REx dalam sebuah kapsul bersaiz peti sejuk. Kapsul itu membawa kira-kira 250 gram bahan sampel batuan yang diambil dari permukaan Bennu pada 2020.

Menurut NASA, jika terhempas ke Bumi, ia akan mencipta kawah berukuran kira-kira 9.6 kilometer dan menyebabkan kemusnahan kira-kira 965 kilometer di semua arah.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI