fbpx

Bina arca pasir logo merdeka terbanyak di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL GAFAR (empat dari kanan) melihat arca pasir bertemakan logo kemerdekaan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat daerah di Pantai Chenang, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah hari ini menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menghasilkan arca pasir bertemakan logo kemerdekaan terbanyak di sini, hari ini.

Sebanyak 37 arca pasir bertemakan logo sambutan bulan kemerdekaan dari tahun 1976 hingga 2023 dihasilkan oleh peserta pada sambutan tersebut di Pantai Chenang, di sini.

Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, acara kali ini adalah hasil kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri pelancongan, di sini.

“Sambutan yang diberikan hari ini jelas menunjukkan permuafakatan rakyat Langkawi dan sifat patriotik terhadap negara Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyelaras sambutan hari ini, Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, logo tersebut dihasilkan oleh 625 peserta daripada 97 agensi di Langkawi.

“Arca-arca ini mengambil masa selama dua jam untuk disiapkan bermula kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Antara yang menarik adalah logo 1Malaysia yang dibina oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi yang meletakkan beras berwarna seperti hiasan kolam bagi melengkapkan arca pasir mereka,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh melihat arca pasir tersebut yang akan dipamerkan sehingga petang nanti di sini. Dalam pada itu, sijil MBOR arca pasir logo kemerdekaan terbanyak itu diserahkan oleh pegawai MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ahmad Shahfikri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI