fbpx

Jenazah tiga sekeluarga disemadikan di dua lokasi berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambok Salingkek Abd Fatah menyiram air mawar diatas kubur ibunya, Indok Akok Dg. Sitakak dan adiknya, Tahallah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimon, Benut, Pontian, petang hari ini.

PONTIAN – Jenazah tiga sekeluarga yang maut akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru – Segamat petang semalam selamat dikebumikan di dua lokasi berasingan di sini petang tadi.

Jenazah Indok Akok Dg. Sitakat, 89, dikebumikan pada pukul 5 petang dalam satu kubur bersama anaknya, Tahallah Abd. Fatah, 62, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimon di sini.

Manakala jenazah menantu Indok Akok, Fatimah Ismail, 66, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tampok, Benut pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi rumah Indok Akok, apabila ketiga-ketiga van jenazah yang membawa mereka selamat sampai pada kira-kira pukul 3.40 petang daripada Hospital Segamat.

Ahli keluarga mangsa diberikan peluang menatap kali terakhir ketiga-tiga wajah mereka sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Parit Kerimon untuk solat jenazah. yang disertai kira-kira 150 jemaah.

Ketiga-tiga mangsa terkorban dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Segamat kira-kira pukul 5.45 petang ketika mereka sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Pontian selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Felda Pemanis, Segamat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI