fbpx

Gareth Southgate berang Harry Maguire dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE menjaringkan gol sendiri ketika England meraih kemenangan 3-1 ke atas Scotland di Hampden Park awal pagi semalam. - AFP

GLASGOW – Pengendali England, Gareth Southgate mengkritik sikap penyokong yang cukup negatif selepas mengejek setiap hantaran yang dilakukan oleh tonggak pertahanan, Harry Maguire pada aksi persahabatan bertemu Scotland awal pagi semalam.

Pada saingan di Stadium Hampden Park itu, skuad Three Lions tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas seteru tradisi dengan meraih gol hasil jaringan Phil Foden, Jude Bellingham dan Harry Kane.

Namun, Maguire yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah diejek oleh penyokong kedua-dua negara dan keadaan menjadi tidak terkawal apabila pemain Manchester United itu menjaringkan gol sendiri pada babak kedua.

Kata Southgate, cemuhan yang dilakukan oleh peminat sangat mengecewakan kerana ia boleh menjatuhkan moral pemain di atas padang.

“Saya tidak kisah jika situasi itu berpunca daripada penyokong tuan rumah tetapi saya sangat marah bila turut dilakukan oleh penyokong kami. Saya tidak tahu apa salah Maguire sehingga dilakukan seperti itu kerana dia tonggak penting buat pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Southgate turut mempertahankan keputusannya untuk meletakkan pemain tengah, Kalvin Phillips dalam kesebelasan utama meskipun jarang mendapat minit permainan bersama kelab, Manchester City ketika ini.

“Sama seperti Maguire, Phillips juga pemain utama pasukan ini kerana kita tidak miliki pemain lain yang ada kebolehan sepertinya.

“Saya rasa minit permainan bukanlah isu kerana pemain Scotland, Scott McTominay juga tidak mendapat tempat bersama United tetapi cemerlang ketika mewakili skuad kebangsaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI