fbpx

UMNO turun ke akar umbi terangkan kerjasama dengan DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung malam ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi memaklumkan UMNO akan terus turun bertemu akar umbi untuk menerangkan kerjasama parti itu dengan DAP.

Mohd. Puad dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Katanya, MKT UMNO juga mengekalkan pendirian untuk meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Mesyuarat MKT UMNO malam ini. Banyak bincang kesan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Pakatan Harapan – Barisan Nasional menang tujuh daripada 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Simpang Jeram dan 25 daripada 40 PDM di Parlimen Pulai.

“Pendirian UMNO kekal iaitu akan terus bersama dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan. UMNO akan terus turun ke akar umbi rasional kerjasama dengan DAP seperti yang berlaku di Pulai dan Simpang Jeram,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, mesyuarat pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) MKT UMNO yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlangsung di Menara Dato’ Onn, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI