fbpx

Prasarana perkenal tren khas ‘Cerita Malaysiaku’ menjelang Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil merasmikan tren LRT khas bertemakan ‘Cerita Malaysiaku’ di stesen Universiti hari ini.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan kerjasama Rapid Rail memperkenalkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) khas bagi laluan Kelana Jaya bertemakan ‘Cerita Malaysiaku’ dalam usaha mempromosikan sambutan Hari Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif syarikat pengendali perkhidmatan rel itu selari dengan seruan kerajaan dalam menyemarakkan sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini.

“Satu koc tren diperagakan dengan pelbagai fakta maklumat dan hiasan yang bukan hanya menarik tetapi banyak pengisian penting bagi negara kita seperti simbol, tempat dan makanan yang membawa tema Malaysia.

“Saya mengalu-alukan dan berterima kasih kepada Prasarana atas usaha yang selari dan selaras dengan inisiatif kita dalam menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Diharap pada masa hadapan lebih banyak koc LRT, MRT bersama-sama menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran tren ‘Cerita Malaysiaku’ selepas menaiki koc khas tersebut bersama media dari Stesen Universiti ke KLCC.

Sementara itu, Prasarana dalam kenyataan berkata, pemilihan tren laluan Kelana Jaya dibuat setelah mengambil kira jumlah penumpang yang tertinggi selain jajaran yang melalui kawasan-kawasan berkepadatan tinggi termasuk segitiga emas Kuala Lumpur.

“Tren laluan Kelana Jaya tersebut dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan inisiatif ini tercetus bagi menghargai negara Malaysia serta berkongsi fakta dan maklumat agar ia sentiasa diperingati.

“Pengguna yang menaiki tren tersebut akan disajikan dengan pelbagai maklumat yang menarik di sepanjang perjalanan untuk ke destinasi yang dituju selain mereka berpeluang melihat keunikan tema tren yang berbeza bagi setiap koc,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI