fbpx

Pekerja zoo maut diserang badak sumbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan badak sumbu yang menyerang pekerja Zoo Hellbrunn di Salzburg, semalam. - Facebook/Zoo Salzburg

VIENNA, Austria – Seorang pekerja sebuah zoo maut selepas diserang seekor badak sumbu, manakala seorang lagi cedera akibat serangan haiwan serupa di barat Austria, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu berlaku di Zoo Hellbrunn, bandar Salzburg.

Pekerja wanita itu difahamkan meninggal dunia selepas diserang badak sumbu tersebut ketika melakukan rutin kerja.

Namun, punca pekerja lelaki diserang masih belum diketahui.

“Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap polis.

Berikutan kejadian itu, pihak Zoo Hellbrunn mengumumkan bahawa ia ditutup kepada orang ramai bermula semalam dan menurut agensi berita Austria, APA, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Badak sumbu boleh mencapai berat sehingga 3.5 tan dan kebiasaannya, ia tidak bersikap agresif kepada manusia walaupun mempunyai corak tingkah laku yang berbeza apabila berasa terancam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI