fbpx

Menang trofi khas VMA, Shakira ‘sembur’ bekas kekasih curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKIRA

ACARA Video Music Awards 2023 (VMA2023) yang berlangsung di Prudential Center di Newark, New Jersey, hari ini menyaksikan penyanyi Shakira meraih pengiktirafan khas MTV Michael Jackson Video Vanguard Award.

Sebelum naik ke pentas, ratu muzik Latin itu menghiburkan tetamu membawakan lagu popularnya Hips Don’t Lie bersama tarian mengasyikkan sehingga
seluruh dewan bergema dengan sorakan.

Sukses beraksi dengan persalinan berperincikan manik, penyanyi itu menutup persembahan menyampaikan Shakira: Bzrp Music Sessions, Vol. 53, yang didakwa sesetengah pihak sebagai lagu sindiran kepada bekas kekasihnya, Gerard Pique.

Dendangan kolaborasi dengan DJ Argentina, Bizarrap yang dilancarkan awal tahun ini tersebut pernah tular berikutan liriknya menyentuh kisah kecurangan Pique sepanjang 11 tahun mereka bersama.

Dendangan itu juga meraih pencapaian gemilang di YouTube apabila menjadi lagu Latin paling banyak ditonton dalam sejarah laman tersebut.

Malah menurut Guardian, Shakira: Bzrp Music Sessions, Vol. 53 yang menemui pendengar pada 12 Januari lalu mencatat 63.5 juta kali tontonan dalam tempoh 24 jam pertama.

Sementara itu, dalam ucapannya Shakira, 46, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong karier muziknya termasuk syarikat pengurusan.

“Terima kasih kepada orang tua saya, anak-anak saya yang selalu bagi semangat dan mengatakan saya mampu melakukan apa saja.

“Kemudian untuk penggemar saya, yang selalu mendukung saya dalam setiap situasi, selain menjadi tentera yang sentiasa di sisi. Terima kasih,” katanya disambut sorakan.

Terdahulu, penyanyi Waka Waka dan Pique, 36, yang juga bekas pemain Barcelona mengumumkan perpisahan selepas lebih sedekad menjalin cinta dan dikurniakan dua cahaya mata.

Begitupun, hubungan mereka hancur disebabkan kecurangan lelaki terbabit, malah isu berebut hak penjagaan anak, Milan, 11, dan Sasha, 9, memburukkan lagi persengketaan.

Sementara itu, antara pemenang lain pada acara yang berlangsung awal pagi tadi ialah Taylor Swift yang meraih kemenangan bagi Lagu Terbaik menerusi Anti-Hero.

Swift turut membawa pulang anugerah Video Terbaik dan Artis Terbaik MTV VMA 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI