fbpx

124 individu ditahan, dadah RM80,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan kategori bekalan, memiliki, penyalahgunaan dan penagihan dadah.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM80,000 dan menyita harta dianggarkan RM16,000 melalui Ops Tapis Bersepadu dalam tempoh dua hari operasi itu di sekitar daerah Jempol.

Operasi pada pada 6 dan 7 September itu turut menangkap 124 individu membabitkan pelbagai kesalahan membabitkan pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, operasi dijalankan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

“Seramai 24 suspek ditangkap membabitkan kategori bekalan iaitu mengikut Seksyen 39B,Seksyen 39A(2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala 12 suspek ditahan mengikut Seksyen 12(3) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 kerana memiliki dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, tangkapan paling banyak adalah membabitkan penyalahgunaan dan penagihan dadah iaitu sebanyak 88 tangkapan.

“Selain itu, polis berjaya merampas 123.02 gram heroin,415.02 ketamin, 73.33 gram ganja, 37.5 liter air ketum, 0.120 liter cecair ganja, 1.6 gram pil erimin 5 dan syabu seberat 2.04 gram.

Sementara itu Ahmad Dzaffir berkata, bagi tempoh Januari sehingga 10 September lalu, seramai 132 pengedar dan 3,241 penagih berjaya ditangkap diseluruh Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI