fbpx

Sonam Kapoor perli bahasa Inggeris Kangana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Sonam Kapoor dan Kangana sebenarnya masih dingin.

BIARPUN isu ‘perang’ akibat tawaran lakonan antara dua aktres Kangana Ranaut dan Sonam Kapoor sudah lama berakhir, hubungan mereka tetap dingin sampai sekarang.

Terbaharu, Kangana mengecam Sonam yang dikatakan cuba memperlekehkan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Menerusi Instagram, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik semula video wawancara Sonam dalam program Koffee With Karan yang juga edisi lama.

Dalam video tersebut Karan Johar selaku hos bertanya kepada Sonam soalan berapi.

“Jika Anda memiliki kekuatan untuk memberikan sebuah kemampuan kepada selebriti, kepada siapa anda akan berikan iaitu kemampuan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar?”

Tanpa ragu, Sonam terus menyebut nama Kangana Ranaut yang mengakibatkan bintang Tanu Weds Manu itu sakit hati.

Rentetan itu, bermulalah sesi luahan perasaan yang membanjiri laman sosialnya apabila satu per satu sindiran dibuat terhadap anak Anil Kapoor itu.

“Apa yang saya pelajari dari pertarungan bertahun-tahun dengan mafia filem adalah tidak ada orang luar yang akan diejek kerana tidak lancar berbicara bahasa Inggeris,” tulis Sonam menerusi ruangan kapsyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI