fbpx

iPhone berharga RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
iPhone Diamond Snowflake terbaharu ini direka khusus untuk model iPhone 15. – Caviar

MOSCOW – Syarikat berpangkalan di Russia, Caviar memperkenalkan iPhone paling mahal di dunia, iPhone Diamond Snowflake, khusus untuk model telefon pintar iPhone 15 pada harga AS$562,700 (RM2.6 juta), lapor laman berita Oddity Central semalam.

Caviar merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran menghasilkan telefon pintar mewah.

Versi eksklusif terbaharu peranti keluaran Apple itu menampilkan sarung telefon pintar diperbuat daripada emas putih 18 karat dan bertatah tidak kurang daripada 570 butir berlian. Ia turut menampilkan loket Snowflake Graff hasil pertukangan tukang emas terkenal, Graff.

Caviar sebelum ini  menghasilkan sarung telefon pintar rekaan khas bagi varian iPhone 14 dan iPhone 14 Max yang dijual pada harga AS$533,000 (RM2.4 juta).

Sempena pelancaran iPhone 15 tidak lama lagi, ia akan menjadikan varian Diamond Snowflake sebagai yang paling mahal pernah dihasilkan.

Peranti itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang penambahan spesifikasi dari segi teknologi yang ditawarkan, sebaliknya hanya tertumpu kepada hiasan pada bahagian sarung. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI