fbpx

Euro 2024: Scotland pujuk Barnes tinggalkan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARNES sukar untuk mendapat tempat bersama England menyebabkan dia terbuka untuk memilih kerakyatan Scotland. - AFP

NEWCASTLE – Scotland memasang impian untuk melayakkan diri ke Kejohanan Euro 2024 di Jerman yang akan bermula 14 Jun tahun depan dengan rekod kemenangan bersih 100 peratus di peringkat kelayakan.

Bagi merealisasikannya, Scotland dilaporkan sedang memujuk pemain sayap lincah Newcastle United, Harvey Barnes untuk ‘membuang’ kerakyatan England agar boleh mewakili negara itu di pentas Euro 2024.

Difahamkan, Barnes, 25, terbuka untuk menukar kerakyatannya kerana menyedari peluangnya tipis untuk menyarung jersi England disebabkan lambakan pemain di posisinya ketika ini.

Bekas tonggak Leicester City itu menepati syarat-syarat baharu ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mana-mana pemain berhajat menukar kerakyatannya.

Antara syaratnya adalah tidak bermain lebih tiga aksi kompetitif peringkat senior sebelum 21 tahun, tidak beraksi di pusingan akhir kejohanan seperti Piala Dunia, Euro, Copa America dan tidak beraksi dengan pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Kapten Scotland, Scott McTominay juga pernah berbuat sedemikian dan kini sudah mempunyai 48 kaps antarabaangsa bersama negara itu sejak ‘membuang’ kerakyatan England pada 2018.

Tonggak pertahanan Aston Villa, Matty Cash juga membuat keputusan sama bagi membolehkannya merasai saingan antarabangsa dengan memilih mewakili Poland.

Jika proses berjalan lancar, Barnes berkemungkinan besar akan disenaraikan Scotland menghadapi baki tiga aksi kelayakan Kumpulan A menentang Sepanyol bulan depan diikuti Georgia dan Norway pada November nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI