fbpx

Euro 2024: Klopp antara calon ganti Flick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK dipecat sebagai pengendali Jerman ekoran prestasi buruk pasukan itu di Piala Dunia lalu serta tewas dalam tiga aksi persahabatan berturut-turut. - AFP

BERLIN – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp antara nama disebut-sebut bakal menggantikan tempat Hansi Flick yang dipecat daripada jawatan ketua jurulatih Jerman semalam.

Flick, 58, menerima nasib malang itu ekoran keputusan memalukan Die Mannschaft yang diaibkan Jepun 1-4 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Volkswagen Arena kelmarin.

Ia rentetan daripada prestasi buruk bekas pengendali Bayern Munich itu bersama Jerman yang turut tersingkir seawal peringkat kumpulan pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun lalu.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) terpaksa membuat keputusan itu bagi memastikan bekas juara dunia itu kembali ke tahap sebenar sebelum turun sebagai tuan rumah Kejohanan Euro 2024 pada Jun tahun depan.

Selain Klopp, DFB juga dikatakan mempunyai beberapa calon antaranya bekas bos Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner dan Julian Nagelsmann yang kini ejen bebas selepas Bayern menggantikannya dengan Thomas Tuchel pada Mac lalu.

Bagaimanapun, DFB mungkin terpaksa melupakan khidmat Klopp sebelum Euro 2024 kerana pengendali berusia 56 tahun itu mahu menghormati kontraknya dengan Liverpool yang akan berakhir pada 2026.

“Tugas bersama pasukan kebangsaan adalah satu penghormatan yang besar. Masalah utama adalah kesetiaan saya (kepada Liverpool). Saya tidak boleh meninggalkan Liverpool dan terus mengambil alih Jerman,” katanya.

Buat masa ini, Pengarah Sukan Jerman, Rudi Voller dilantik sebagai pengurus sementara Jerman dan membawa pasukan menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Perancis di Signal Iduna Park awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI