fbpx

Jodoh saya 100 peratus Tuhan tentukan – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Daiyan Trisha lebih rela bersendirian daripada mencurahkan kasih sayang kepada lelaki tidak tepat.

PETALING JAYA – Sering gagal dalam percintaan membuatkan pelakon Daiyan Trisha lebih rela bersendirian daripada hidup mencurahkan kasih kepada lelaki tidak tepat.

Daripada asyik membuang masa, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah.

“Saya lebih rela solo daripada rapat dengan orang yang salah kerana sebelum ini pun saya sudah banyak kali gagal dalam bercinta, buang masa sahaja.

“Biarlah, soal jodoh saya serahkan 100 peratus kepada Tuhan, sesungguhnya hanya Dia tahu yang terbaik untuk saya.

“Saya percaya yang terbaik buat saya akan datang indah pada waktu tepat kelak, tidak perlu terburu-buru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Daiyan juga memaklumkan kini mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.

“Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, meskipun sendiri, saya gembira dengan kerjaya.

“Lelaki selalu ingat saya ‘high maintenance’ padahal saya biasa sahaja, tidak mengapalah, saya percaya perancangan Allah dan saya ikut sahaja apa yang Dia telah aturkan,” katanya.

Terdahulu, aktress berusia 30 tahun itu memuat naik puisi tentang kekecewaan dan kecurangan seolah-olah bayangan kesedihan dan lara hati yang dilalui.

Tidak meletakkan sebarang justifikasi berhubung puisi tersebut, Daiyan membiarkan netizen membuat spekulasi sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI