fbpx

Zaliha lawat Abdullah, remaja terselamat nahas korban 6 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (kanan) melawat Abdullah yang masih dirawat di ICU, Hospital Segamat.

 

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa melawat remaja lelaki yang terselamat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan enam ahli keluarga mereka di Jalan Segamat-Kuantan, pada 1 September lalu.

Menerusi hantaran Zaliha di akaun Facebooknya, keadaan Abdullah, 15, agak stabil walaupun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi dan bertemu keluarga adik Abdullah di Hospital Segamat.

“Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian di mana sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu yang mengorbankan 6 nyawa,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan pakar dari Hospital Segamat yang bertungkus lumus dalam memberikan terbaik buat Abdullah.

“Terima kasih kepada pasukan pakar dari Hospital Segamat di bawah Pengarahnya, Dr. Faidzal Adlee bin Abdul Ghafar. Walaupun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), alhamdulillah keadaannya agak stabil.

“Syafakallah, moga Allah berikan kesembuhan yang segera,” tulisnya.

Dalam nahas itu, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, dan ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; dan empat adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah,13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia di lokasi.

Nahas berlaku selepas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mereka naiki dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI