fbpx

Wan Azizah terima Ijazah Kehormat khas Unisel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah (kiri) menerima ijazah itu daripada Arshad pada istiadat konvokesyen itu di Kampus Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Politik dan Kemasyarakatan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-17 hari ini.

Ijazah khas itu disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Kampus Bestari Jaya, di sini.

Penganugerahan itu diberikan kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang banyak mencetuskan idea, sumbangan dan keprihatinan kepada universiti tersebut.

Dr. Wan Azizah yang berkelulusan Ijazah Perubatan Oftalmologi di Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland merupakan anak Melayu pertama dianugerahkan pingat emas MacNoughton-Jones Gold Medal atas kecemerlangan akademik.

Sepanjang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020, beliau kerap mengunjungi Unisel bagi melihat sendiri perkembangan universiti itu.

Wan Azizah dalam ucapannya berkata, penganugerahan itu bukan hanya pengiktirafan kepada beliau malah semua pihak yang membantu dan menyokong keluarganya sama ada dalam politik atau kehidupan peribadi.

“Saya berpeluang menabur bakti sebagai seorang doktor merawat pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Keadaan kemudian menyebabkan saya menceburi bidang politik, yang mana kedua-dua bidang ini memerlukan sokongan dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI