fbpx

Rogol wanita bergilir: Baki empat suspek ditahan di Kelantan, Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas baki empat individu yang dilaporkan terlibat sebagai suspek kes rogol berkumpulan di Wangsa Maju, di sini, dalam tangkapan berasingan di Bachok, Kelantan dan sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan itu melibatkan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 32 tahun.

Katanya, keberjayaan itu hasil satu operasi khas telah dijalankan oleh pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur di sekitar ibu negara dan Kelantan untuk mengesan suspek.

“Selepas tangkapan pertama dibuat 2 September lalu, tangkapan diteruskan lagi melibat suspek seorang lelaki tempatan di Taman Melawati, di sini, kelmarin.

“Tangkapan diteruskan dengan penahanan dua individu di Bachok, Kelantan, semalam.

“Baki seorang lagi suspek ditahan di Setapak, di sini, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ashari, kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu hadapan bagi membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis telah berjaya menyelesaikan kes ini, ucapan terima kasih buat orang awam yang membantu mengesan dan menangkap suspek terlibat,” katanya.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan, hutang dipercayai motif seorang lelaki tempatan tergamak ‘menggadai’ adik iparnya untuk diperkosa secara bergilir-gilir di sebuah kediaman di Wangsa Maju, di sini, pada pagi 30 Ogos lalu.

Dilaporkan, suspek yang ditangkap pada 2 September lalu, dipercayai telah menelefon mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah sebelum kejadian.

Ashari memaklumkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai mempunyai hutang duit dengan salah seorang lagi suspek yang terlibat, namun tiada pengakuan dibuat oleh suspek.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.

Kejadian tersebut menimpa seorang wanita berusia 27 tahun ketika sedang tidur di dalam bilik sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya. kira-kira pada pukul 3.30 pagi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini.

Suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan itu sebelum melarikan diri.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI