fbpx

Durian ‘nescafe’ jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLY (kanan) dan Ahmad Mustapha menunjukkan durian hutan dikenali durian ‘nescafe’ di Damak, Jerantut semalam.

JERANTUT – Durian hutan kini kembali ‘berharga’ apabila dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada durian kampung dan kahwin dengan harga antara RM12 hingga RM25 sekilogram.

Pada masa ini durian kampung dijual dengan harga RM7 sekilogram dan durian kahwin dengan harga RM10 sekilogram, manakala durian musang king dijual dengan harga antara RM15 hingga RM60 sekilogram berdasarkan gred.

Peraih dan penjual durian di Damak, Zulkifly Mahmud berkata, durian hutan yang tiada harga satu ketika dahulu kini menjadi rebutan pengemar raja buah yang mahukan rasa yang unik.

“Penggemar durian sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan buah yang unik, ini menyebabkan ia tidak mencukupi bagi menampung permintaan.

“Antara durian hutan yang menjadi buruan adalah ‘durian nescafe’ yang mempunyai rasa yang unik, nama durian ini diberikan oleh penggemar buah berkenaan kerana aromanya,” katanya.

NAMA ‘durian nescafe’ diberikan oleh penggemar buah berkenaan kerana aromanya.

Jelasnya, rasa buah berkenaan yang pahit berlemak mempunyai penggemar tersendiri selain durian sangka yang juga merupakan durian hutan.

Dalam pada itu, katanya, selain damak king, pelbagai buah durian di Kampung Damak yang unik seperti durian naga emas terus mendapat permintaan da­ripada orang ramai.

Katanya, setiap hari dia dapat menjual lebih satu tan durian Damak termasuk durian kampung premium di gerainya di sini.

“Pelanggan yang datang ke sini adalah dari seluruh negara dan ada yang menempah awal sebelum datang,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI