fbpx

Ban Sungai Jeluh pecah didakwa punca banjir di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tebing Sungai Jeluh selepas hujan lebat di Kajang malam tadi.

KAJANG – Ada penduduk mendakwa ban Sungai Jeluh berhampiran Pasar Kajang tiba-tiba pecah antara punca banjir kilat melanda beberapa kawasan rendah di sini semalam.

Ban itu dikatakan pecah akibat aliran air yang kuat ketika hujan lebat selama beberapa jam.

Seorang peniaga di Pasar Kajang, Ansari Mohd. Zain, 46, berkata, hujan lebat sejak pukul 3 petang semalam menyebabkan ban sungai itu pecah dan air mula melimpah memasuki ke kawasan sekitar seterusnya mengakibatkan banjir kilat.

“Saya agak-agak semalam hujan pukul 3 petang lagi. Dalam pukul 6 petang, dah mula banjir dan kedalaman air banjir pula ikut kawasan sebab ada kawasan rendah ada kawasan tinggi. Kalau macam depan ni (Pasar Kajang) air paras betis sahaja, kalau di belakang air paras lutut.

“Biasa di sini jarang banjir, mungkin disebabkan ban yang pecah semalam. Kali terakhir banjir teruk, saya ingat pada tahun 2014.

“Hampir semua peniaga dah tutup kedai dan kebetulan pula saya belum balik waktu itu. Air mula surut bila masuk waktu maghrib, mungkin disebabkan saiz longkang besar sekitar kawasan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Semalam Kosmo! melaporkan beberapa kawasan sekitar Kajang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak pukul 5 petang semalam.

Menerusi perkongsian beberapa penduduk setempat di Facebook, keadaan tersebut menyebabkan air meningkat mencecah paras paha dan beberapa kenderaan juga didapati sukar untuk melepasi paras air banjir dan terpaksa berhenti sepanjang bahu jalan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI