fbpx

Rogol wanita bergilir-gilir: Abang ipar didakwa, mengaku tidak bersubahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang abang ipar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah Wangsa Maju di sini akhir bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah bersubahat bersama rakan-rakan sejenayah yang masih bebas dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap adik iparnya berusia 26 tahun yang mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju di sini antara pukul 2 pagi hingga 3.30 pagi pada 30 Ogos lalu (2023).

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan dibaca bersama 375B kanun sama yang memperuntukkan penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan masih ada suspek yang masih belum dapat ditangkap dalam kes ini.

“Sekiranya mahkamah memberikan ikat jamin, pihak pendakwaan bimbang usaha mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kes ini akan tergendala apatah tertuduh adalah ahli keluarga (adik ipar). Mangsa dan tertuduh juga tinggal bersama,” kata Roslizi.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dibenarkan ikat jamin kerana mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak selain dia kini seorang penganggur.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Izralizam tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang wanita secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju pada 30 Ogos lalu.

Ia berikutan polis menerima satu laporan polis yang dibuat berkenaan kes itu pada pukul 4.52 pagi daripada wanita berusia lingkungan 20-an tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa telah dirogol pada pukul 3.30 pagi oleh lima lelaki di sebuah rumah di Wangsa Maju.

Terdahulu, media turut melaporkan seorang wanita diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki di kediamannya di Wangsa Maju, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 26 tahun tahun sedang tidur di dalam biliknya tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Hasil siasatan lanjut kemudian mendapati ia akibat hutang oleh abang ipar mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI