fbpx

Pengguna 5G masih rendah sekitar 4.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi menghadiri majlis menandatangani MoU antara CelcomDigi dengan Virnect iaitu sebuah syarikat pakar teknologi metaverse dari Korea Selatan.

PETALING JAYA – Liputan 5G di Malaysia telah mencecah 68.8 peratus, namun pengguna 5G di negara ini baru mencecah 4.2 peratus.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, penerimagunaan 5G di Malaysia setakat ini masih sangat rendah.

“Insya-Allah di pihak KKD, kita akan pastikan liputan 5G mencecah 80 peratus pada penghujung 2023 untuk kebaikan rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan, satu lagi kerjasama antara syarikat Malaysia dengan syarikat dari Korea Selatan dimeterai hari ini.

Menurut beliau, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CelcomDigi dengan Virnect iaitu sebuah syarikat pakar teknologi metaverse telah diadakan.

Jelas beliau, kerjasama itu dijalinkan untuk meningkatkan penerimagunaan 5G dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ujar beliau, melalui adaptasi teknologi metaverse, penggunaan internet dalam kalangan pengguna, pemain industri, dan institusi pendidikan juga akan berubah.

“Sebagai contoh, penggunaan teknologi ini bakal mengubah kaedah pembelajaran di universiti kepada pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) terutamanya dalam bidang kesihatan, kejuruteraan minyak dan gas, robotik, dan keselamatan siber,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI