fbpx

Kampung Buatan Malaysia oleh ZUS Coffee martabatkan produk tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Buatan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara Kampung Buatan Malaysia anjuran ZUS Coffee, jenama kopi tempatan terkemuka, yang akan berlangsung esok.

Bertempat di Rumah Tangsi, di sini, kehadiran tetamu akan disambut dengan riuh rendah suasana ‘kampung’ serta pemandangan yang mengimbau kembali detik nostalgia.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama beberapa jenama tempatan.

“Keriuhan suasana kampung dengan aroma kopi bakal memberikan suntikan perpaduan dan bangga terhadap buatan Malaysia.

“Ia turut mendapat kerjasama daripada jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk sekali gus membuktikan produk Malaysia setanding antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, En Venon Tian (kiri) di Majlis Pelancaran Kampung Buatan Malaysia yang berlangsung di Rumah Tangsi.

Selain itu menurutnya, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.

“Pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.

“Turut disediakan, ‘ZUS Time Tunnel, yang menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia.

“Sebahagian perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi,” jelasnya.

Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee juga telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu ‘Tarik Series’.

Dikenali sebagai ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik, ia diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee, iaitu gabungan rasa tempatan lemak manis mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Kempen Buatan Malaysia ini juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk ‘Tarik Series’, selain ‘Inside Scoop’ untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh ZUS Coffee.

Ia sekali gus menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee.

Kehadiran tetamu akan disambut dengan riuh rendah suasana ‘kampung’ serta pemandangan yang mengimbau nostalgia.

Tambah memeriahkan suasana, ia bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui Tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum berbeza.

Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?” yang menampilkan pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI