fbpx

Isu LCS: Mindef serah sepenuhnya kepada PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (duduk tengah) ketika menghadiri merasmikan program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi (ST&I) Pertahanan anjuran Stride di SMAP Kajang, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KAJANG – Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Jun lalu, media melaporkan bahawa PAC akan memanggil Mindef bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi bulan Jun hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kementerian menyerahkan segalanya kepada PAC kerana ia merupakan komitmen Mindef, tidak kira sama ada menerusi Parlimen mahupun PAC.

“Kita tahu bahawa projek itu diteruskan dan mana-mana pihak yang ingin dapatkan maklumat, kita di Mindef sentiasa berikan kerjasama,” katanya selepas merasmikan program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi (ST&I) Pertahanan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, hari ini.

Program anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) itu bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam sains dan teknologi khususnya dalam aktiviti penyelidikan pertahanan.

Selain SMAP Kajang, ia turut melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah di daerah Hulu Langat dan lokasi seterusnya ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya pada 3 Oktober 2023.

Selain itu, Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Future Soldier atau Tentera Masa Hadapan peringkat kebangsaan turut diadakan dan penyertaannya dibuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI