fbpx

MFL sedia komersial teknologi VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART (kanan) menjelaskan MFL bersedia untuk mengkomersialkan teknologi VAR, sekali gus meraih pendapatan lebih lumayan daripada teknologi tersebut pada saingan Liga M.

PERANCANGAN untuk menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) selewat-lewatnya musim depan membuka peluang baharu buat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mendapatkan pendapatan lebih lumayan.

Buat ketika ini, bajet VAR tidak lagi termasuk dalam dana yang diperoleh daripada 13 penaja musim ini, namun pentadbir Liga Malaysia (Liga M) bersedia untuk mengkomersialkan teknologi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya tidak akan bersikap tunggu dan lihat, sebaliknya akan terus bergerak mencari dana bagi memastikan kos diperlukan dapat dicari secukupnya memandangkan VAR akan menelan kos agak besar.

“VAR tidak termasuk dalam bajet tahun depan, namun kami akan lakukan sehabis baik untuk pelaksanaan VAR. Apabila kita berdepan masalah, kita akan cuba cari mekanisme penyelesaian yang terbaik.

“Kita sudah lakukan dengan jayanya untuk tahun ini apabila ada 13 penaja dan kita juga harap kita dapat komersialkan VAR untuk cari penaja berasaskan VAR. Jadi kami harap dengan adanya VAR, ia juga buka peluang baharu untuk kita cari penaja untuk ka­tegori VAR saja,” katanya.

Sebelum ini, Stuart menjelaskan pihaknya memahami denyut nadi dan mengesahkan akan ‘payung’ sepenuhnya kos VAR yang dianggarkan mencecah hampir RM10 juta pada pelaksanaan tahun pertama.

Malah, MFL perlu mengeluarkan anggaran perbelanjaan kira-kira RM3.2 juta pada tahun berikutnya untuk memastikan teknologi terbabit dapat terus digunakan di saingan Liga M.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI