fbpx

Meganya! Kuda putih hadiah hari jadi Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA
“HADIAH hari lahir yang paling terbaik daripada suami. Selamat datang ke keluarga kami, Trulala.”

Demikian perkongsian pelakon Datin Intan Najuwa yang menerima seekor kuda hadiah istimewa daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam akaun TikTok, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid itu berkongsi video memaparkan dia bersama kuda yang diberi nama Trulala.

Susulan itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja dan tumpang gembira melihat hadiah tersebut dan menyifatkan kehidupan Intan tak ubah dilayan seperti seorang puteri.

“Meganya hadiah hari lahir Intan, awak memang dijaga lelaki yang tepat, saya tumpang gembira melihat kebahagiaan awak,” komen seorang peminat.

“Kehidupan Intan macam seorang puteri dalam kisah dongeng, sempurna dan bahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang saling melengkapi,” demikian komen seorang lagi netizen.

Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.

Meskipun menjadi suri hati kepada lelaki berpangkat Datuk, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu lebih selesa dipanggil Intan kerana menurutnya, gelaran baginya semua manusia sama sahaja di sisi Yang Maha Pencipta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI