fbpx

DAP kekal setia bersama Kerajaan Perpaduan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika sidang akhbar Penubuhan Majlis Ekonomi Sisa Pepejal di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – DAP tidak akan sesekali menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah membabitkan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Naib Presidennya, Nga Kor Ming berkata, DAP adalah sebuah parti yang mementingkan setia kawan dan sentiasa setia kepada perjuangan.

“DAP adalah rakan setia kawan dan sentiasa setiap kepada perjuangan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan kes rasuah itu.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, MUDA tidak akan teragak-agak menilai kedudukan dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Ahmad Zahid tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Jelas Kor Ming lagi, Syed Saddiq sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai perkara itu.

“Syed Saddiq adalah antara ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan. Itu lebih profesional,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah membabitkan Ahmad Zahid, Kor Ming berkata, DAP mahu bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun harus memberi penjelasan lanjut mengenai kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI