fbpx

Bersih buat laporan terhadap Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THOMAS membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid susulan ucapan berunsur sogokan dan paksaan menarik undi di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan ucapan yang berunsur sogokan dan paksaan bagi menarik undi.

Perkara itu dilakukan oleh Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO pada program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini pada Ahad lalu.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, pada majlis itu, Ahmad Zahid mengeluarkan ucapan untuk mempengaruhi pengundi Pulai secara tidak wajar dengan mengatakan bahawa projek penambah baikan PPR itu akan diteliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH) perlu menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Thomas berkata, permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor akan ‘dilihat’ semula sekiranya Suhaizan tidak menang.

“Susulan ucapan Zahid ini, kami berpandangan perkara ini perlu disiasat kerana bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9 Pengaruh Tidak Wajar dan Seksyen 10 Penyogokan.

“Selain itu, ucapan tersebut juga adalah bercanggahan dengan prinsip 3C (tanpa syarat, tanpa kempen, tanpa calon) yang digariskan oleh Bersih bagi kerajaan yang bukan sementara untuk berkelakuan semasa tempoh pilihan raya.

“Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Thomas memberitahu, apa-apa pengumuman atau pertimbangan kerajaan yang diucapkan di dalam majlis-majlis kerajaan bukan sementara tidak boleh dibuat secara bersyarat, dihadiri oleh calon dan berkempen seperti yang dilakukan Ahmad Zahid dan PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI