fbpx

Saya akan tunai amanah sebaik mungkin – Ahmad Terrirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Terridudin mengetik perakam waktu di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya tadi. -Foto FAIZ ALIF

PUTRAJAYA- Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh menegaskan bahawa beliau akan melaksanakan segala tugas yang diberikan kepadanya dengan baik.

Bercakap kepada pemberita di lobi Jabatan Peguam Negara, beliau yang memulakan perkhidmatan perundangan pada 1995 itu juga berterima kasih kepada pihak kerajaan.

“Insya-Allah saya akan menunaikan setiap amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya sejurus mengetik perakam masa bagi melaporkan diri di sini hari ini.

Ahmad Terrirudin, 54, menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang kontrak perkhidmatannya berakhir semalam setelah dilantik memegang jawatan itu bermula pada 6 Mac 2020 lalu.

Pelantikannya sekali gus menamatkan spekulasi dan mengembalikan semula kedudukan Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan Jabatan Peguam Negara itu sendiri.

Kali terakhir jawatan ini disandang pegawai agensi tersebut ialah pada 2015 setelah Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas faktor kesihatan.

Tempatnya diambil alih Tan Sri Mohamed Apandi Ali sehingga 2018 sebelum dipegang oleh Tan Sri Tommy Thomas hanya selama dua tahun dan kemudiannya Idrus.

Berdasarkan rekod jabatan berkenaan, Ahmad Terrirudin merupakan penyandang ke-13 jawatan itu sejak diwujudkan pada 1955 dengan individu pertama ialah Thomas Brodie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI