fbpx

Ryan Gravenberch dihentam tolak wakili Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRAVENBERCH menolak panggilan skuad kebangsaan B-21 Belanda dengan alasan mahu kekal di Liverpool bagi menyesuaikan diri. - AFP

EINDHOVEN – Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman tanpa berselindung mengkritik pemain tengah baharu Liverpool, Ryan Gravenberch kerana tindakannya menolak panggilan antarabangsa mewakili negaranya.

Gravenberch, 21, enggan menyertai skuad bawah 21 tahun (B21) Belanda untuk dua aksi kelayakan Kejohanan Euro B21 menentang Moldova dan Macedonia Utara tetapi memilih untuk memberikan fokusnya kepada Liverpool.

Difahamkan, dia mahu segera menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya di Anfield selepas menyertai The Reds daripada Bayern Munich dengan harga £35 juta (RM205.74 juta) pada 1 September lalu.

Keputusannya mendapat kecaman ramai termasuk Koeman dan penolong jurulatihnya, Nigel de Jong serta pembantu pengurus Belanda B21, Michael Reiziger sekali gus menyaksikan peluang Gravenberch mewakili skuad senior dilihat semakin samar.

“Anda perlu bermain sepenuh hati mewakili negara anda, bukannya menggunakan kepala. Jadi, anda perlu benar-benar ikhlas untuk berada di sini.

“Saya tidak faham kenapa dia membuat keputusan untuk berada di Liverpool bagi menyesuaikan diri. Saya tahu dia seorang pemain yang bagus, tetapi dia membuat kesilapan yang besar.

“Semua pemain menantikan peluang untuk mewakili negara tidak kira pasukan B21 atau senior. Tiada masalah kerana ramai lagi pemain lain sudi menggantikan tempatnya,” kata Reiziger.

Gravenberch pernah membuat 11 kaps antarabangsa bersama skuad senior Belanda tetapi namanya digugurkan oleh bekas pengendali terdahulu, Louis van Gaal pada Piala Dunia Qatar 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI