fbpx

Isu tunggakan gaji pengawal keselamatan Hospital Beaufort perlu selesai segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan akan memastikan tuntutan berkaitan pelarasan tunggakan gaji dan kerja lebih masa 14 pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Beaufort, Sabah diselesaikan dengan segera.

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata, pihaknya yakin bahawa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah akan memastikan hak-hak pekerja seperti termaktub di bawah undang-undang perburuhan kekal terbela.

“Saya telah mengarahkan JTK Sabah untuk menyiasat perkara ini bagi mendapat maklumat yang sahih dan mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan kes tuntutan pekerja terbabit.

“Hasil semakan mendapati tuntutan itu melibatkan 14 orang pengawal keselamatan daripada syarikat Seven Force Sdn. Bhd. yang bertugas di Hospital Beaufort.

“Kes tersebut telah diputuskan di Mahkamah Buruh, Pejabat Tenaga Kerja Beaufort pada 14 Ogos 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, tuntutan pekerja berkenaan melibatkan pelarasan tunggakan gaji minimum dengan jumlah RM217,917 dan tuntutan kerja lebih masa sebanyak RM64,072 dengan jumlah keseluruhan sekitar RM281,989.

“Majikan diperintah untuk membayar tunggakan pekerja dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perbicaraan ini diputuskan.

“Setakat ini, saya dimaklumkan bahawa majikan telah ditawarkan kontrak membekal perkhidmatan kawalan keselamatan (tanpa senjata) di Hospital Beaufort selama tiga tahun bermula dari 1 September 2021 sehingga 31 Ogos 2024,” katanya.

Ujarnya lagi, mengikut sumber diperolehi daripada Unit Perolehan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), majikan turut menghantar permohonan pelarasan kadar baru bagi membolehkannya membayar tunggakan gaji minimum kepada semua pekerja terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI