fbpx

Tiga lelaki dicekup, tak sempat edar 30,000 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah tidak sempat menjual sebanyak 30,000 biji pil kuda bernilai RM330,000 selepas polis menyerbu markas simpanan dadah terbabit di sebuah rumah di Kampung Binjal, Cabang Empat dekat Tumpat semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta di hadapan tanah Perkuburan Islam, Kubur Surau Mukim, Jal Kechil di Tumpat itu menjumpai sebanyak enam biji pil kuda.

“Ketiga-tiga suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Binjal. Pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui sebanyak 30,000 pil kuda di bawah meja di bahagian ruang tamu,“ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, polis turut menyita dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dianggarkan bernilai RM16,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari, bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI