fbpx

RSKU Taman Bunga Raya laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faris (kiri ) ketika gimik pecah tanah Majlis Pelancaran Penjualan RSKU jenis Aster di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung semalam.

HULU SELANGOR – Sebanyak­ 101 unit Rumah Selangorku (RSKU) jenis Aster di Taman Bu­nga Raya, Bukit Beruntung di sini habis dijual hanya dalam masa tiga jam selepas dilancarkan minggu lalu.

Berkeluasan 900 kaki persegi (83.6 meter persegi), rumah teres dua tingkat dengan tanah berstatus pajakan itu mempunyai tiga bilik tidur serta dua bilik air dan ditawarkan pada harga mampu milik bermula RM200,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land Holdings Berhad (M K Land), Datuk Faris Yahaya berkata, ramai pembeli terdiri daripada generasi kedua, yang mana ibu bapa mereka merupakan pelanggan M K Land sekitar 20 tahun lalu.

Ujarnya, ia membuktikan kepercayaan orang ramai kepada M K Land sebagai sebuah syarikat pemaju perumahan bumiputera yang menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dan berdaya tahan di pasaran hartanah tempatan.

“M K Land telah mula mene­roka potensi dan sekali gus merintis pembangunan di kawasan ini seawal tahun 1995 lagi dengan membangunkan projek perumahan kos rendah, iaitu Apartment Kenanga.

“Tahun demi tahun, kami te­rus komited mengorak langkah ke hadapan dan membangunkan pelbagai projek kediaman, sama ada rumah mampu milik, kediaman berharga bebas dan lot ko­mersil.

“Setakat ini kami telah menyi­apkan sebanyak 11,449 unit rumah terdiri daripada rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan RSKU melibatkan pembangunan tanah seluas 518 ekar (209 hektar) dengan nilai pembangunan kasar seba­nyak RM680 juta,” katanya pada majlis pelancaran.

Mengulas lanjut, Faris berkata, pembangunan baharu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat di Taman Bunga Raya melibatkan 64 unit rumah teres dua tingkat jenis Freesia, yang berkeluasan 1,320 kaki persegi (122.6 meter persegi) pada harga serendah RM499,000.

Sebelum ini, M K Land telah melancarkan sejumlah 240 unit rumah teres dua tingkat RSKU jenis Acacia, yang terdiri daripada dua fasa pembangunan iaitu Fasa 4A (126 unit) dan Fasa 4B (114 unit) pada penghujung tahun lepas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI