fbpx

Teruja jumpa Agong, Raja Permaisuri, mahu ‘frame’ duit diterima sebagai kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Sabah tidak melepaskan peluang untuk bertemu Agong dan Raja Permaisuri.

PETALING JAYA – Keterujaan rakyat Sabah yang berpeluang bertemu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tidak dapat disangkal sehingga ada yang sanggup menyimpan duit yang diterima di dalam bingkai sebagai kenangan.

Dalam satu hantaran, seorang wanita yang dikenali sebagai Sue, bercadang untuk berbuat sedemikian kerana mahu mengabadikan kenangan istimewa yang mungkin tidak dapat dirasai lagi.

“Paling bermakna sangat, anak saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan permaisuri. Kenangan paling bermakna, nanti nak ‘frame’ duit ini. Supaya bila besar nanti anak saya tahu dia pernah berjumpa Tuanku Permaisuri Agong,

“Daulat Tuanku, terima kasih kerana sudi bertemu kami semua. Pengalaman dan memori paling bermakna dalam hidup ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia menganggap pemberian tersebut sebagai satu rezeki buat keluarganya kerana pada awalnya dia tidak mengetahui bahawa pasangan diraja itu akan melawati kawasan berkenaan.

“Sebenarnya kami tak tahu hari ini adalah hari YDPA datang ke Sabah. Sepanjang perjalanan hairan ramai orang menunggu di tepi jalan. Akhirnya suami ambil keputusan berhenti.

“Waktu ini tak ramai orang berada di kawasan ini, mungkin ini ‘rezeki’ kami. Tenang sangat waktu ini, niat di hati dapat lambai pun dah bersyukur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa di lapan daerah di Sabah sepanjang Program Kembara Kenali Borneo bermula hari ini hingga 13 September depan.

Difahamkan, kembara tersebut bermula di daerah Tawau dan berakhir Telok Melano, Sarawak melibatkan jarak sejauh 2,154 kilometer (km). – KOSMO! ONLINE

@suewkmn Daulat Tuanku… Terima kasih kerana sudi bertemu kami semua🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Pengalaman dan memori paling bermakna dlm hidup ini🥰 this is moment to remember💃🏻#permaisuriagong #agongdatangsabah #fyp #2023 #tofsurvivor #lucky ♬ Wonderful Day – Satria Petir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI