fbpx

Luahan Pembaca: Guna media sosial suntik semangat patriotisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GENERASI muda lebih suka menggunakan media sosial untuk menunjukkan semangat patriotisme. –GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

Pada masa ini, dalam era digital dan media sosial, cara penzahiran ketika sambutan Bulan Kemerdekaan berubah.

Paling ketara tidak ramai lagi yang mengibar bendera di kenderaan atau di premis perniagaan dan kediaman mereka.

Ia bukanlah bermaksud semakin kurang atau tiada semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, tetapi kewujudan media sosial telah memberi ruang ekpresi yang berlainan untuk mereka menterjemah dan menzahirkan semangat patriotik dalam diri.

Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti turut tidak terkecuali menggunakan media sosial untuk menarik minat dan menyuntik semangat patriotik dalam diri generasi muda.

Ini menggalakkan mereka untuk menzahirkan semangat patriotik dengan cara sendiri.

Mengambil contoh sedia ada, beberapa sekolah dilihat menganjurkan program seperti pertandingan mencipta poster merdeka dan video pendek merdeka paling kreatif dan perlu dimuat naik di akaun media sosial masing-masing, kemudian siapa yang peroleh tanda suka (likes) paling banyak dikira pemenang.

Perubahan ini seiring dengan gaya hidup generasi muda yang kini lebih cenderung melibatkan diri dengan aktiviti di media sosial berbanding penglibatan dalam program sambutan secara konvensional.

Justeru, pihak yang mengatakan generasi sekarang kurang semangat cintakan negara perlu sedar mereka mempunyai hasrat dan kehendak sama, cuma dizahirkan dengan cara berbeza.

Siti Nasarah Ismail
Universiti Teknologi Mara
Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI