fbpx

Syarat TVET untuk pelajar OKU dipertimbang semula – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR melihat pameran robotik ketika hadir sempena Majlis Temu Anwar Johor Bahru di UTM, Skudai, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI.

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan mempertimbangkan semula syarat kemasukkan pelajar kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memudahkan kemasukkan golongan berkenaan ke TVET dengan keupayaan mereka.

Katanya, perkata itu akan dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

“Pertama melibatkan semua kementerian dan agensi. Saya akan bawak kepada jemaah menteri maaf saya tidak maklum mengenai perkara ini.

“Untuk memastikan semua agensi kerajaan dan kementerian memastikan pengambilan ya.

“Majlis TVET dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid, saya akan beritahu dia walaupun ada kelonggaran untuk OKU, tetapi janganlah kenakan syarat seperti dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan.

“Insa’allah ini boleh, kita beri ruang (melihat semula syarat-syarat TVET bagi pelajar OKU) dan saya rasa tiada masalah,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Alumni UTM, Dr. Ruzimi Mohamed dalam sesi soal jawab semasa program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Ruzimi dalam soalannya memaklumkan kekangan yang dihadapi pelajar OKU dalam permohonan program TVET yang meminta syarat perlu kedua tangan, sedangkan ada OKU yang boleh melukis dan menulis menggunakan kaki dan mulut.

“Saya faham ada program TVET yang tidak sesuai dengan pelajar OKU, tetapi tidak ada pengukuran. Perlu ada mekanisma baru untuk melihat syarat kemasukkan pelajar OKU mengikut keupayaan mereka,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan persetujuan dan akan membawa isu kuota pekerjaan satu peratus golongan OKU dalam Kementerian dan agensi kerajaan, ke dalam Masyuarat Jemaah Menteri.

“Saya setuju. Saya akan bawa (isu kuota pengambilan pekerja OKU) dalam masyarakat jemaah menteri.

“Supaya dapat pastikan semua agensi kerajaan dan kementerian melaksanakan pngambilan pekerja OKU mengikut kuota satu peratus,”katanya.

Ruzimi dalam soalannya juga memaklumkan setakat ini hanya empat kementerian yang memenuhi kuota pengambilan pekerja OKU setakat ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI