fbpx

Temu Anwar di Indonesia 5 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Temu Anwar yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Malaysia di Indonesia untuk menyertai acara wacana dan diskusi yang bakal diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta, yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Menurut hantaran beliau di laman Facebook, jemputan tersebut terbuka kepada semua warga Malaysia, termasuklah mahasiswa dan anak muda yang berada di Indonesia.

“Acara tersebut bakal dihadiri selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina.

“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” katanya dalam hantaran sama.

Jelasnya, pendaftaran menghadiri sesi berkenaan boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI