fbpx

Telefon beg tangan pertama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna boleh menukar pelbagai gaya pada skrin telefon itu. - Honor V Purse

BEIJING, China – Sebuah firma teknologi dari China, Honor memperkenalkan model telefon pintar boleh lipat yang juga berfungsi sebagai beg tangan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Reka bentuk telefon pintar itu dijangka memberi saingan kepada jenama fesyen seperti Prada dan Louis Vuitton, serta gergasi teknologi pesaing termasuk Apple dan Samsung.

Syarikat itu memperkenalkan model telefon pintar Honor V Purse semasa ucaptama bertajuk ‘Unfold Tomorrow’ di pameran teknologi IFA 2023 di Berlin.

Telefon pintar itu digambarkan sebagai sebuah fesyen beg tangan yang menawarkan ekspresi diri dan gaya hidup mapan.

Bagaimanapun, Honor belum merancang untuk mengeluarkannya ke pasaran terbuka.

Jika telefon setebal 9 milimeter itu dilipat, skrinnya akan sentiasa hidup dan boleh dilihat pada setiap masa.

Bahagian atas telefon itu mempunyai klip yang membolehkan pengguna menutup atau membuka lipatan, kamera serta cangkuk untuk tali bahu yang boleh ditukar ganti.

Pengguna boleh menukar gaya beg itu untuk keluar tanpa perlu membeli beg baharu. Ia dijangka boleh bertahan lama, serta boleh dibuka dan ditutup lebih 400,000 kali. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI