fbpx

Lelaki warga asing mabuk tumbuk cermin kedai hingga pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Gara-gara mabuk, dua lelaki warga Nepal ditahan selepas menumbuk cermin sebuah kedai sehingga pecah dalam kejadian di Jalan Negara 2, Taman Melawati, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengurus syarikat berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam tadi.

Katanya, dia mendapati bahagian cermin tingkap di bahagian belakang kedai tempatnya bekerja telah dipecahkan.

“Pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di belakang kedai mendapati, dua lelaki memecahkan cermin dengan cara menumbuk sebanyak empat kali sebelum beredar dari kawasan tersebut sekitar pukul 1 pagi, Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Azam, bertindak diatas laporan, sepasukan polis Balai Taman Melawati berjaya memberkas dua lelaki warga Nepal berusia 21 dan 22 tahun pada pukul 2 petang, semalam.

“Kedua-dua mereka bekerja sebagai pembantu kedai makan kerana disyaki terlibat dalam kes disiasat.

“Punca kejadian adalah suspek sedang mabuk dan semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing negatif dadah.

“Punca kejadian adalah disebabkan kedua-dua suspek telah minum minuman keras sehingga mabuk,” katanya.

Mohd. Azam menegaskan, permohonan reman telah diminta pada hari ini untuk siasatan seterusnya dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan mendatangkan khianat atas harta benda,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI