fbpx

Pengawal keselamatan mengaku rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Tertuduh yang kelihatan sebak di dalam kandang tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Meskipun telah diingatkan berulang kali tentang hukuman yang bakal dihadapi, tertuduh yang tidak diwakili peguam tetap mahu membuat pengakuan bersalah terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 39 tahun didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 14 tahun empat bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di ruang tamu rumah mereka pada 25 April lalu kira-kira pukul 4.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim memohon agar tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan ekoran tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan akan menimbulkan kacau ganggu kepada mangsa.

Mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 13 September tarikh sebutan hukuman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI