fbpx

Tarikan mille crepe Itali resipi halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FAREZA menunjukkan beberapa hidangan Itali yang ditawarkan di Gabrielle Mille Crepe, Bandar Baru Bangi, Selangor. – Foto Amir Khalid

LAPISAN crepe yang padat berkrim dan memiliki keseimbangan tekstur kenyal serta lembut sangat terasa pada setiap gigitan.

Keranuman pelbagai isi buah yang tersusun rapi di celah-celah lapisan crepe menambahkan lagi kepelbagaian rasa hidangan itu.

Mix fruit mille crepe yang mengandungi pisang, tembikai susu, strawberi dan kiwi itu merupakan menu signatur di Gabrielle Mille Crepe, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Berbeza dengan mix fruit mille crepe, seleksi strawberry mille crepe pula merupakan pilihan tepat untuk penggemar perasa vanila strawberi.

Gabungan rasa strawberi di bawah lapisan crepe yang disaluti krim vanila serta kastard menjadikan menu tersebut sesuai dengan selera ramai.

Bagi peminat coklat pula, mereka boleh memilih seleksi nutella hazelnut yang disaluti dengan inti coklat serta kacang hazel ranggup.

Menurut Pengurus Gabrielle Mille Crepe, Nur Fareza Natasya Iman Mohd. Azri, 29, terdapat 15 seleksi crepe yang ditawarkan di kafe tersebut.

“Kesemua mille crepe kami memiliki rasa kek berbanding crepe. Mille crepe kami dibuat menggunakan resipi yang telah diolah agar ia memiliki keunikan rasa tersendiri.

“Setiap mille crepe kami memiliki 20 atau 10 lapisan crepe buatan tangan yang disediakan segar pada setiap hari, “ katanya kepada Horizon.

Mille crepes merupakan menu signatur di Gabrielle Mille Crepe.

Kongsinya, kesemua hidangan yang ada di kafe tersebut diinspirasikan daripada resipi sebenar di Itali, sebelum diolah dengan menggunakan bahan halal.

Selain aneka kek crepe, juadah Itali yang turut ditawarkan adalah tart au citron, exotic mix fruit tart, AOP butter croissant, signature almond croissant, peach strudel dan biscoff caramel supreme Danish.

Bagi tart au citron, rupa bunga ros yang dibentuk dengan menggunakan krim lemonade digabungkan dengan krim keju crunch yang lembut, sekali gus memberikan rasa masam-masam manis.

Untuk seleksi croissant pula, adunan sourdough digunakan sebagai asas roti bagi menjadikannya lembut dan gebu.

Tambah Nur Fareza, pelanggan boleh memesan aneka seleksi pasta yang ditawarkan bermula pada waktu makanan tengah hari.

PASTRI puff rangup berperisa pic dilengkapi dengan adunan krim istimewa.

Antara yang paling laris adalah grilled chicken sunset fusion dan grilled chicken gochujang rose.

“Grilled chicken sunset fusion ini gabungan sos carbonara dengan bolognese, sekali gus menjadikan rasanya sesuai untuk mereka yang tidak mahu pedas.

“Bagi penggemar masakan pedas, mereka boleh pilih grilled chicken gochujang rose iaitu gabungan sos gochujang dan carbonara,” katanya.

Bagi seleksi minuman pula, pelanggan boleh memilih caramel macchiato, signature supreme dan passion fruit shaken tea.

Gabrielle Mille Crepe dibuka pada setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN