fbpx

Spurs disingkir Fulham aksi EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVINSON Sanchez gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila diselamatkan oleh Marek Rodak ketika Spurs tewas berdepan Fulham. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui seperti menerima tamparan hebat selepas pasukan tersingkir secara mengejut apabila tewas kepada Fulham pada aksi pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Craven Cottage itu, Spurs kalah hasil penentuan sepakan penalti 3-5 apabila saingan berakhir dengan keputusan 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan sebenar.

Kata Postecoglou, keputusan tersebut sememangnya merencat semangat anak-anak buahnya selepas menerima pujian melambung susulan prestasi positif telah dipamerkan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) awal musim ini.

“Ini adalah keputusan yang kita tidak jangka kerana tersingkir awal pada kejohanan berprestij yang menjanjikan trofi utama adalah sesuatu yang mengecewakan.

“Harus diakui bukan mudah apabila diundi menentang kelab EPL di gelanggang lawan dan mereka berjaya menyukarkan pasukan daripada bermain seperti biasa.

“Apa yang pasti, barisan pemain di bilik persalinan juga cukup kecewa tetapi saya katakan kepada mereka untuk tidak menyerah dan kembali bangkit pada aksi liga Sabtu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Fulham, Marco Silva mengakui pasukannya lebih layak untuk menang berdasarkan apa yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

“Bagi aspek taktikal, kami adalah pasukan lebih baik dengan barisan pemain berjaya mengekang asakan lawan sejurus wisel permulaan ditiupkan hingga ke hujung perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI